1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-
sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang
dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami
kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah
dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari
emak anda..
4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin
bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada
suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk
tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik
dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar
anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak
menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua
sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua
in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.
Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih
berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak
mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau
semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang,
bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka
walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri
dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak
minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju
kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh
balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush.
Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja
rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada
tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah
berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang
lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri
awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate
kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak
menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti?
Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda
mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami
megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya
ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan.
Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama.
Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.
Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk
neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga
belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang
ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan
buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri
balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf,
minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa
suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh
suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki
amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam
hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
SUMBER: Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
No comments:
Post a Comment