Pages

ALHAMDULILLAH, REZEKI BERTAMBAH-TAMBAH BILA KEHADIRAN DUA CAHAYA MATA ADLI DAN HAMZAH, WELCOME TO AD MEMEBERS!

Sunday 8 September 2013

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...


Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan 

tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut 

kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.


Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi 

baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian 

memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang 

baik.



1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi 


kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.


2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian 

baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.


3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini 


akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan 

sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.


4
. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara 

perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan 

air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.


5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati 


berzikir Ya Latif, Ya Hadi.


6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta 


menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.


7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak 


digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air 

dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses 

‘gugur’ tali pusat.


8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara 


mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh 

menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.



Kenapa rahim ibu adalah tempat yang paling selamat dan ajaib?


1- Allah sendiri yang berfirman dalam Surah al-Mu’minun, “Dan sesungguhnya Kami telah 

ciptakan manusia daripada satu sari pati dari tanah. Kemudian kami jadikan sari pati itu air 


mani (yang disimpan) di tempat yang kukuh (rahim)”.



2- Pernah tengok bayi lahir tak cukup bulan? Biasanya, bayi lahir pramatang kena duduk 

dalam inkubator untuk satu jangkamasa tertentu. Kenapa inkubator? Sebab, inkubator 


direka fungsinya sebagai pengganti rahim ibu. Mestilah inkubator ni dipasang macam-


macam teknologi perubatan demi kelangsungan bayi tadi, tapi bayi ini masih lagi ada risiko 


terkena jangkitan.



3- “Bilik” paling kebal dari sebarang ancaman. Macam-macam ancaman. Bunyi bising, asap 


kenderaan, asap rokok bapak dia, pelbagai siri gegaran.


4- Kedudukan rahim. Duduknya rahim adalah dalam ruang pelvis (ruangan antara tulang 


pinggul dan paha). Kedudukan istimewa ni sangatlah sesuai untuk perkembangan awal 


janin. Fuh, hebat!



5- Suspensi yang baik. Urat-urat kenyal yang menjadi jambatan penghubung antara tulang 


pelvis akan menebal dan memanjang. Inilah datangnya sistem kestabilan terbaik untuk 


menahan sebarang gegaran dan asakan!


6- Otot-otot rahim yang kuat. Otot endometrium ni memang otot-otot yang kuat 


sehinggalah membolehkan kontraksi (sakit nak bersalin) berlaku semasa proses kelahiran.


7- Rahim mampu membesar 20 kali ganda saiz asal dan menampung 1000 kali ganda 


kapasiti asal! Tak hairanlah, ada yang mampu lahirkan kembar 7!


8- Sistem pertahanan. Biasanya, kalau badan kita dimasuki objek asing, secara automatik 


sistem imun kita akan menyerang dan membunuh objek asing tadi. Tapi tidak dalam kes 


bayi dalam kandungan rahim ibu. Secara logiknya, hampir 50% genetik bayi adalah 


daripada si bapa (bukan makhluk asing). Jadi, sepatutnya bayi tadi ditolak oleh sistem 


imun ibunya, tapi ini tak berlaku! Menarikkan?



9- Janin bebas jangkitan. Contohnya, kalau si ibu positif HIV, janin dalam rahimnya adalah 

selamat daripada jangkitan HIV! Jangkitan hanya berlaku jika berlaku percampuran darah 


semasa proses kelahiran. Subhanallah!




KELEBIHAN WANITA HAMIL


Solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita tidak hamil

Rasulullah menyebut bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat 

wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya 

dimana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut 

sujud bersama wanita hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam 

hari


Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang hamil akan memperolehi pahala puasa di 

siang jari dan pahala ibadah di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti 

membawa amanah Allah kesana-kemari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala 

yang besar di sisi Allah.Pahala wanita bersalinWanita yang bersalin, kata Rasulullah dapat 

pahala 70 tahun solat dan puasa serta setap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu 

pahala haji.




Demikian mulianya pahala bersalin sehingga tidak wajar apabila digempar-gempurkan 

(kempen) menghadkan jumlah kelahiran menerusi program “Perancangan keluarga” 

sedangkan Rasulullah memerintahkan kita memperbanyak zuriat untuk menguatkan umat 

ini.



Malah Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari 


selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. Wanita yang memberi minum susu badannya 

kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. Wanita 

yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala 

satu tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 

2.5 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.



S
eorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa kerana 

menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita 

yang tidak cukup tidur pada malam hari menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan 

oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun 

pahala ibdah.